• New Cancer

  • Web Banner

SELAMAT DATANG KE PUSAT SEJAHTERA

Untitled designPusat Kesihatan USM telah ditubuhkan pada tahun 1969 untuk menyediakan perkhidmatan perubatan dan pergigian kepada pelajar. Pada tahun 1974, perkhidmatan perubatannya telah diperluaskan kepada staf dan seterusnya pada tahun 1993, ini telah dipanjangkan kepada tanggungan staf dan pelajar serta pesara USM.

Pusat Kesihatan USM telah diketuai oleh Pengarah pertamanya Dr. Azizi Aiyub Ghazali dari 1973 hingga 1989. Seterusnya diterajui oleh Dr. Sharifah Mariam Syed Hassan Aidid dari 1989 hingga 2003. Kemudiannya diterajui oleh Dr. Nurulain Abdullah Bayanuddin hingga awal Ogos 2014. Kini pusat ini mempunyai seramai 66 orang staf, diterajui pula oleh Dr. Normala Abdul Wahid. Perkhidmatan kami telah melalui satu lonjakan signifikan apabila rangkaian E-Klinik dilancarkan pada tahun 1999.

Sempena dengan perpindahan ke bangunan baru pada bulan Jun 2008, nama Pusat Kesihatan USM telah ditukar kepada Pusat Sejahtera (Kesihatan & Pergigian) sejajar dengan perkembangan perkhidmatannya seperti yang disenaraikan. Pusat Sejahtera dirasmikan pada 7 Mei 2010 oleh Naib Canselor USM, Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak.

Read More..

Berita Terkini

Penjagaan Kesihatan Ketika Jerebu

12 September 2019
Penjagaan Kesihatan Ketika Jerebu

18 September 2019 -  Salam Sejahtera, Memandangkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) meningkat kepada 211 pada jam 8.00 pagi 18 September 2019, warga USM dan awam diminta untuk mengurangkan aktiviti di...

Kesedaran Terhadap Kanser

04 Oktober 2019
Kesedaran Terhadap Kanser

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT "PENGESANAN AWAL KANSER PAYUDARA "USM PULAU PINANG . Assalamualaikum & salam sejahtera .    Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk dan berkaitan .   2.Bulan Oktober...

Ucapan Selamat Datang

05 Oktober 2019
Ucapan Selamat Datang

Kami dari Pusat Sejahtera (Kesihatan & Pergigian) ingin mengucapkan setinggi - tinggi  tahniah kepada YBrs. Profesor Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan sebagai Naib Canselor USM  yang berkuatkuasa mulai 4 Oktober...